Cahaya Hayati

Jumaat, 24 Februari 2017

Resepi Brownies Confirm Jadi Dan Sedap

Assalamualaikum wbt. Resepi Brownies Confirm Jadi Dan Sedap 

Hai korang. Mommy suka baking tapi tak pandai. Bila jumpa resepi yang sesuai, menjadi dan sedap. Tersangatlah happy. Resepi ni mommy dapat dari group kat FB. So, mommy share kat sini agar semua ibu-ibu yang tak pandai baking macam mommy boleh cuba dan buat untuk keluarga. In sha Allah. 

Resepi Brownies

Hahaha. Brownies mommy ada 2 bahagian sebab anak-anak tak suka kekacang, mommy bahagi 2 lah. Janji semua dapat merasakannya.

Resepi Brownies

Untuk brownies ni, mommy guna sukatan cawan. Rumah mommy tiada penimbang khas.. hihi. Nak beli macam tak berbaloi. Akan beli juga suatu hari nanti. In sha Allah.

Resepi Brownies


Resepi Brownies


Bahan 1

250g Butter
350g Coklat masakan

Cincang butter dan coklat masakan dan letak dalam bekas tahan panas. Panaskan dalam microwave selama 2-3 minut sehingga butter dan coklat cair. Kacau sebati. Ketepikan.


Bahan 2

4 biji telur gred A atau B
1 cawan gula halus
1 sudu vanilla essence

Satukan bahan-bahan ini dalam satu bekas besar. Boleh kacau guna senduk atau kacau perlahan mixer. Kacau sehingga gula dan telur sebati atau tak nampak berpasir. ketepikan


Bahan 3

1 3/4 cawan tepung blue key
3 sudu besar serbuk koko

Satukan dan kacau sehingga bercampur sepenuhnya. ketepikan


Caranya

Ambil adunan telur (bahan 2) campurkan dengan bahan 1. Kacau sehingga bahan 1 dan 2 menjadi rata atau sebati.

Masukkan bahan 3 sikit demi sikit sehingga habis. Proses masuk bahan 3 ni diselangi dengan proses kacau. Kacau sehingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lapik dengan baking paper. Mommy tak lapik pun sebab malas nak pergi beli.

Selepas tuang adunan tu, boleh letak toping yang dikehendaki.. almon ke, peanut ke.. apa2 jer.

Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 5 minit.

Bakar dengan api atas bawah selama 15 minit dengan suhu 160 dan 30 minit lagi dengan suhu 150 atau sampai nampak permukaan atas garing (bergantung kepada oven).  

Biar sekejap dalam oven  selama 10 minit. Untuk kesan kedut tu, masa rehatkan brownies dalam oven, buka sikit pintu oven agar udara masuk dan kedutkan permukaan brownies.

Dah sejuk, boleh potong ikut suka. 


Khamis, 23 Februari 2017

Udang Buttermilk

Assalamualaikum wbt. Udang Buttermilk

Mommy suka masak menu yang berlainan setiap minggu. Sesekali masak menu yang di hidangkan di restoren atau hotel memang akan mendapat sambutan hangat dari family. Confirm habis.. 

Menu istimewa yang mommy ceritakan di sini adalah menu udang buttermilk. Selalunya udang ni kita buat sambal, udang masak serai, udang goreng kunyit ataupun udang masak lemak cili padi... Udang buttermilk ini kita nikmati ketika ada function ataupun ketika buffet di restoren ataupun hotel. Jadi, mommy masak sendiri untuk keluarga nikmati...



Di sini, mommy kongsi resepi udang buttermilk yang mudah dan sedap ini agar semua dapat membuatnya sendiri dan nikmati bersama ahli keluarga.

Sarang Telur

Bahan

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Caranya

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi dengan menggunakan penapis teh atau penapis santan, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya



Resepi Udang Buttermilk mudah dan sedap

Resepi Udang Buttermilk

Bahan

1/2 kilo udang 
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili kering - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Garam secukup rasa


Caranya

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, dan garam secukup rasa. 

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur tadi. 

Siapp.. Senang kann

Resepi Udang Buttermilk

Bersama-sama dengan udang buttermilk mommy juga masak kari kepala ikan dan sayur campur. So, lengkap hidangan tengahari mommy untuk keluarga.

Selamat mencuba.

Rabu, 22 Februari 2017

Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum wbt. Cucur Ikan Bilis

Hi korang! Lama tak update.. Lately ni mommy busy sikit. Semua jadual atau plan harian lari... Uhuks!. Kekadang tu rasa tak larat sangat.. Tapi kena kuat semangat untuk mencapai apa yang di idamkan. In sha Allah. 

Walaupun sibuk macam mana sekalipun, jika berkesempatan.. mommy akan masak juga untuk keluarga. Ini adalah cara mommy untuk bonding time dengan keluarga.

Ini adalah menu yang seringkali mommy sediakan untuk minum petang iaitu cucur ikan bilis yang ditambah dengan ubi kentang dan carrot. Bukan apa, ini adalah satu cara untuk memberi sayur kepada anak-anak. Kalau nampak seketul-seketul besar bukan nak makan.. Kalau sagat halus-halus dan dijadikan cucur, makan pula. Oh anak!

Cucur Ikan Bilis


Di sini mommy kongsikan resepi cucur ikan bilis yang rangup dan lembut walaupun ketika sejuk.

Resepi Cucur Ikan Bilis


Bahan:

500 gram tepung
2 biji kentang- sagat
1/2 -1 batang carrot ( bergantung kepada saiz) - sagat
bawang besar - potong separa bulat ( tak letak)
1 pokok daun bawang - potong halus (tak letak)
2 biji cili kering - potong halus (tak letak)
1 biji telur
1 genggam ikan bilis - di tumbuk
garam secukupnya
2-3 cawan air sejuk
minyak - untuk menggoreng


Caranya

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi satu bancuhan yang pekat dan tidak melekat di tangan. Ketepikan.

Panaskan minyak. Masukkan bancuhan cucur ke dalam minyak sama ada menggunakan tangan atau sudu. Bentuk? sukahati koranglah...

Masak sehingga kedua-dua belah menjadi garing. 

Angkat. Hidangkan bersama sos pencicah dan air kopi panas. 


Cucur Ikan Bilis

Untuk sos tu, mommy campurkan sos pencicah yang di beli dari kelantan dengan sos cili Mudim. Rasanya lebih aummm. Bukan apa, sos pencicah dari kelantan tu manis sikit. So, memang tak lakulah kat rumah ni. Campur sebab nak habiskan.. hahaha.

Cucur Ikan Bilis


Selamat mencuba yer!

Google+ Followers