Maggi goreng sotong

by - 4:56 PTG

Maggi goreng sotong ~ Tengok gambar saja dah terliur. Inilah menu ringkas yang mommy masak untuk dinner. Simple-simple plus senang bangat. Yang penting digemari semua. 

Maggi goreng mudah dan sedap
Maggi Goreng Sotong 


Maggi Goreng Sotong 


Bahan: 

5 Packs Maggi Ayam - di celur sehingga lembut
2 Sudu besar cili kisar
3 ekor sotong besar - di potong bulat
2 biji telur ayam - di goreng hancur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Sos Tiram
1 biji tomato - dihiris nipis
2 pokok sawi
garam secukupnya
Air secukupnya
Bawang Goreng
Cili besar - di potong bulat
Daun Bawang
2 Sudu besar Minyak Masak


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga pecah minyak.

Tambahkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan tomato. Masak sebentar sehingga mendidih dan gaul rata.

Masukkan sotong. Masak sotong sehingga sotong benar-benar masak.

Rasa. Jika semua rasa telah cukup, masukkan maggi yang telah di celur dan sawi. Gaul rata.

Tambahkan telur yang di goreng hancur dan dua sudu besar air (jika maggi terlalu kering). Gaul rata.

Angkat dan hidangkan dengan menabur bawang goreng, cili besar dan daun bawang.


Maggi goreng
Maggi Goreng Sotong 

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers